Semasa anda masih muda, bertenaga, mampu untuk mengerjakan solat lima waktu dengan sendiri tetapi anda telah mengabaikannya.
Semasa anda sudah tua, tidak bertenaga dan tidak mampu untuk mengerjakan solat 5 waktu, tetapi pada ketika itulah anda ingin melakukan solat 5 waktu tanpa bantuan.
Pernahkah Anda Terfikir?
Semasa mulut dan lidah anda boleh berkata-kata, anda hanya gunakannya untuk memudahkan kehidupan anda seharian tetapi cuma kadangkala-kala anda menggunakan untuk bersolat.
Saat mulut dan lidah anda tidak seperti biasa, yang hanya anda boleh buat adalah mendengus. Pada ketika itulah anda ingin benar menggunakannya di dalam solat dan berdoa.
Pernahkah Anda Terfikir?
Semasa mata anda masih mampu melihat, anda hanya menggunakan untuk melihat sekeliling anda tetapi tidak pernah digunakan untuk membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu agama.
Ketika mata anda tidak mampu lagi melihat, ketika itulah anda benar-benar ingin belajar membaca Al-Quran dan membacanya di dalam Solat.
Pernahkah Anda Terfikir?
Ketika semua anggota badan masih dalam keadaanya baik, anda hanya gunakannya untuk melakukanya kerja-kerja dunia tetapi tidak untuk menunaikan solat.
Saat anggota badan anda tidak lagi dalam keadaan baik, ketika itulah anda benar-benar ingin Takbiratul ihram, Rukuk, Sujud, Duduk antara dua sujud, Duduk tahiyat Akhir, Memberi Salam.
Pernahkah Anda Terfikir, sekiranya semua perkara tersebut terjadi kepada anda?
Ketika itu apa yang anda inginkan adalah solat tetapi anda tidak dapat melakukan solat seperti biasa. Anda akan menyesal seumur hidup anda kerana anda telah di beri peluang untuk melakukan solat seperti biasa tetapi anda telah abaikannya.
No comments:
Post a Comment